Microsoft Word Dan Kdb
4 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 3 Ogos 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas ICT iaitu Microsoft Word dan tayangan Klik dengan bijak. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan asas untuk insert gambar ke dalam Microsoft Word. Hal ini dikatakan demikian kerana, Microsoft word adalah asas software yang harus dipelajari oleh para peserta untuk kepentingan masing-masing dalam membuat sesuatu kerja. Seterusnya, dalam kelas tersebut mereka diberi bimbingan bagaimana cara untuk menginsert gambar-gambar haiwan liar yang telah di muat turun di desktop. Selain itu juga, Microsoft Word boleh digunakan untuk membuat dokumen lain seperti surat rasmi, surat tidak rasmi, boleh digunakan untuk membuat jadual dan sebagainya.
Kelebihan Microsoft ini juga dapat memudahkan sesuatu kerja seseorang kerana mudah untuk didapati dan sudah tersedia untuk berbagai OS. Pengisian dengan tayangan klik dengan bijak juga telah dipaparkan bagi memberi kesedaran terhadap peserta supaya lebih berhati-hati semasa atas talian. Dengan adanya kelas Microsoft Word, peserta dapat menggunakan teknik asas memasukkan gambar kedalam Microsoft Word dengan baik dan sangat mudah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: